Sunday, July 26, 2015

Peranan Guru Muda (GM1M) Membudayakan VLE Kepada Guru Sekerja dan Murid.


                    Guru Muda di Malaysia dikategorikan dalam kelopok usia 40 tahun ke bawah. Guru Muda dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap rakan sekerja dan murid-murid kerana sifat aktif, inovatif dan kreatif. Pada usia ini guru muda dikatakan mempunyai idea yang agresif disamping menjadi pengguna aktif terhadap gajet-gajet ICT terkini.

                    Sifat-sifat ini mempunyai persamaan dengan murid disekolah yang juga aktif, inovatif dan kreatif jika dipandu dengan baik. Selaras dengan keinginan murid menggunakan gajet-gajet ICT yang terkini jika dibimbing dengan tunjuk ajar yang terancang pasti akan memberikan manfaat kepada murid untuk ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka dalam ICT.

                    Oleh kerana persamaan hampir ini, guru-guru muda perlu memainkan peranan untuk membantu murid-murid menggunakan platform VLE dalam PdP secara lebih bersistematik, terancang dan bijaksana. Bahan-bahan dari internet yang berfaedah boleh dikongsi untuk tujuan PdP, ruangan forum dan chatting digunakan untuk meransang berfikir secara aras tinggi (KBAT), berkolaborasi antara rakan sesama kelas, sekolah, daerah, kebangsaan dan antarabangsa. Semua perkara ini jika dibimbing oleh guru secara betul dan tepat akan membuahkan hasil terhadap cara berfikir dan pembelajaran yang lebih cemerlang.

                    Guru-guru bukan sahaja perlu mendidik murid-murid mereka untuk tujuan lulus peperiksaan, tetapi membantu memperluaskan pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan melatih berfikir secara kreatif dan inovatif untuk menjadi insan kamil cemerlang dan terbilang.

Tugas guru bukan sahaja mengajar malah lebih dari itu, melakar genarasi bermaklumat dengan berfikir secara kreatif & inovatif untuk diri, agama, bangsa dan negaranya. Itulah sebenarnya guru yang CEMERLANG


p/s : Insan cemerlang adalah insan yang bermanfaat untuk insan lain




No comments:

Post a Comment