Sunday, July 26, 2015

Peranan Guru Muda (GM1M) Membudayakan VLE Kepada Guru Sekerja dan Murid.


                    Guru Muda di Malaysia dikategorikan dalam kelopok usia 40 tahun ke bawah. Guru Muda dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap rakan sekerja dan murid-murid kerana sifat aktif, inovatif dan kreatif. Pada usia ini guru muda dikatakan mempunyai idea yang agresif disamping menjadi pengguna aktif terhadap gajet-gajet ICT terkini.

                    Sifat-sifat ini mempunyai persamaan dengan murid disekolah yang juga aktif, inovatif dan kreatif jika dipandu dengan baik. Selaras dengan keinginan murid menggunakan gajet-gajet ICT yang terkini jika dibimbing dengan tunjuk ajar yang terancang pasti akan memberikan manfaat kepada murid untuk ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka dalam ICT.

                    Oleh kerana persamaan hampir ini, guru-guru muda perlu memainkan peranan untuk membantu murid-murid menggunakan platform VLE dalam PdP secara lebih bersistematik, terancang dan bijaksana. Bahan-bahan dari internet yang berfaedah boleh dikongsi untuk tujuan PdP, ruangan forum dan chatting digunakan untuk meransang berfikir secara aras tinggi (KBAT), berkolaborasi antara rakan sesama kelas, sekolah, daerah, kebangsaan dan antarabangsa. Semua perkara ini jika dibimbing oleh guru secara betul dan tepat akan membuahkan hasil terhadap cara berfikir dan pembelajaran yang lebih cemerlang.

                    Guru-guru bukan sahaja perlu mendidik murid-murid mereka untuk tujuan lulus peperiksaan, tetapi membantu memperluaskan pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan melatih berfikir secara kreatif dan inovatif untuk menjadi insan kamil cemerlang dan terbilang.

Tugas guru bukan sahaja mengajar malah lebih dari itu, melakar genarasi bermaklumat dengan berfikir secara kreatif & inovatif untuk diri, agama, bangsa dan negaranya. Itulah sebenarnya guru yang CEMERLANG


p/s : Insan cemerlang adalah insan yang bermanfaat untuk insan lain




Monday, March 30, 2015


PELANTAR PEMBELAJARAN MAYA 

(VIRTUAL LEARNING ENVIROMENT)


Dunia Pendidikan di Malaysia mula bercerita berkenaan Pelantar Maya atau VLE dengan pelaksanaan Projek 1BestariNet VLE Frog di seluruh sekolah di Malaysia bermula tahun 2011.

Kini tahun 2015, tempoh 4 tahun adalah satu tempoh singkat untuk pembudayaan ini berlaku di kalangan guru, murid dan ibubapa secara menyeluruh.

Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan projek pelantar maya ini terlaksana. Antaranya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengkaji semula capaian internet berkelajuan 4Mbps yang terdapat dalam kontrak sedia ada. Ini adalah kerana lebuhraya jalur lebar akan menjadi sempit bila penggunaan 10,000 buah sekolah berlaku secara serentak dalam waktu puncak. Adalah dicadangkan agar kelajuan ini ditambah kepada 10Mbps bagi satu Zoom x 3= 30Mbps. Dengan cara ini laluan jalur lebar akan benar-benar menjadi luas dan merancang 10 tahun terkehadapan dari tarikh perjanjian kontrak dimetrai.

Selain itu, interaksi murid perlu diperluaskan dengan membolehkan dashboard murid dapat dikongsi sesama rakan agar aktiviti kolaborasi dan komunikasi dapat dikongsi bukan sahaja bersama rakan dari sekolah yang sama, tetapi lebih dari itu.

Manakala guru-guru yang telah berpindah sekolah, kemudahan untuk mereka membawa bersama hasil dashboard tidak berlaku. Ini bermakna guru perlu 'restart' semula dashboar bila berada di sekolah baru. Ini amat menyukarkan kerana bebanan kerja akan bertambah kerana terpaksa membuat 'new dashboard' dan 'new prepration'.

Ini hanya sebahgian daripada masalah yang berlaku kepada guru-guru di sekolah. Insyakallah saya akan berkongsi lagi dalam posting yang akan datang.

Selamat BerVLE